Sunday, 6 May 2012

Sejarah Kitar Semula

Kitar Semula

KITAR SEMULA AWAL
-Kitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawal Plato pada 400 BC.
-Sumber kajian arkeologi bagi sampah silam menunjukkan kurang buangan rumah (seperti abu, perkakasan rosak, dan tembikar)—mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru.
-Tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di Eropah dan dicairkan kembali bagi kegunaan berterusan.
-Di Britain debu dan abu dari pendiang kayu dan arang batu dikumpul oleh 'pengumpul sampah' dan di kitar bawah ("downcycling") sebagai bahan asas bagi penghasilan batu-bata.
-Punca utama bagi kitar semula jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapatkan bahan suap stok kitar semula dan bukannya bahan baru, termasuk juga mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat dengan penduduk.
-Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire.
-Bahan ini merupakan gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar seperti Batley dan Dewsbury, berakhir dari seawal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama

KITAR SEMULA MASA PERANG
Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia, menggalakkan kitar semula
Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa Perang Dunia Kedua disemua negara terbabit dalam perang, mendorong warga negara menderma logam dan mengurangkan fiber, sebagai sumbangan patriotik besar yang penting.
Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah negara tanpa sumber mentah semulajadi, seperti Jepun, selepas perang berakhir.




Saturday, 5 May 2012

Kitar Semula Bermula Dari Anda

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Kitar semula mengurangkan
Øbahan buangan,
Øpenggunaan bahan mentah baru,
Øpenggunaan tenaga,  
Øpencemaran udara (dari pembakaran),
Øpencemaran air (dari tapak perlupusan)
Øpengeluaran gas rumah hijau .

Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
video


video